Saturday, August 28, 2010

-sahabat-

baru kusedar
hari ini
seorang sahabat memalingkan mukanya
menjawab pertanyaanku dengan bahasa tubuh
langsung tidak mahu mengeluarkan suaranya
sungguh aku tak menyangka!
dia juga memperlakukan aku seperti itu
sama seperti rakan yang lain
hanya kerna aku ' berjawatan biru '
sahabatku...
mengapa ini yang tercipta antara kita
andai aku tahu beginikan jadinya
pasti akan kutolak jawatan itu mentah2
relaku setaraf dengan kamu semua
yang penting antara kita adalah sama...

No comments:

Post a Comment